Friday, December 4, 2009

Service kena baik!!



Sektor perkhidmatan memainkan peranan penting dalam memacukan ekonomi negara. Tak kiralah apa jua, yang penting service kene baik!!. Bercerite pasal service ni, aku nak cerita sikit pasal perkhidmatan teksi bandar di Kuala Lumpur ni..bukan apa sebagai pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi setiap hari untuk ke tempat kerja, aku dapat lihat pelbagai ragam pemandu teksi ni..ada yang baik, ramah dan tak kurang juga ada yang bermasalah..

Sejak kenaikan harga tambang teksi baru-baru ini, ramai pengguna yang merungut tapi kalau kita lihat balik, kadang-kadang kesian jugak tengok pemandu teksi ni..mana tak nye, kalau dengan kadar tambang yang lama, mana cukup bagi pemandu teksi ni..ye lah nak bayar sewa teksi, minyak/NGV, makan n banyak lagi la keperluan diorang..belum bab maintenance teksi tu lagi (mengikut luahan diorang)..

Aku yang hari2 dok dengar luahan diorang sebelum ini, kadang-kadang rase kesian jugak..Tapi sejak tambang teksi dah naik ni, dah tak ada lagi luahan tak cukup duit..tapi tu la, ape yang aku lihat ada segelintir sikap pemandu teksi yang telah menutup periuk nasi rakan2 mereka..contohnya ada pemandu teksi yang adjust meter, ada yang miang, rogol penumpang, peras ugut penumpang dan macam2 lagi la..ini semua membuatkan masyarakat ada persepsi buruk terhadap mereka dan dah takut nak naik teksi lagi.

Pada pendapat aku walaupun pada mulanya rakyat merungut bila kadar tambang dah naik, tapi kalau SERVICE BAIK..aku yakin rakyat tak kesah..ini kalau naik teksi pun kotor, badan berbau mana boleh tahan kan..tapi ape2 pun, kalau kita sebagai penumpang berasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan teksi ini ataupun mana-mana perkhidmatan awam yang lain, kita jangan dok diam aje..kita boleh laporkan pada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan..Jalankan tanggungjawab kita!!!

1 comment:

  1. tu lar len kali jgn bagi Bangla atau pakistan ker Indon ker bawak teksi...last2 merungut x der customer...padan muko kau...

    ReplyDelete